Thursday 25 October 2018

SLIP DISK : DEFINISI, SIMPTOM, PUNCA & RAWATAN

Kebelakangan nie, semakin kerap dengar kes slip disk di kalangan kawan-kawan. Bila dapat tahu ada kawan yang dapat slip disk, rasa kesian pun ada, takut pun ada. Kesian, sebab yang muda-muda pun ada yang dah dapat masalah nie, pastu siap kena operate lagi. Takut pun ada, kot2 diri sendiri pun ada risiko untuk dapat penyakit nie. So, kalau nak tahu macamana nak elak diri daripada masalah ni, kenalah tahu apa punca dan cara pencegahannya.

SLIP DISK


Slip disc adalah keadaan di mana bahagian tulang belakang yang telah berganjak atau tergelincir dari posisi kedudukan asalnya. Cakera tulang belakang merujuk kpd bahagian pelapik serap-hentak (absorber) antara vertebra tulang belakang. Ia tidaklah menggelongsor sebenarnya, cuma mungkin bergerak, berganjak atau pecah.

Lalu, cakera rawan dan tisu mengalami kebocoran(hernia) dan kandungan seperti gel di dalamnya meleleh ke kawasan tisu sekitar. Seterusnya mencetuskan pertindihan saraf tunjang atau saraf lain yang berdekatan, menjadi punca kepada gejala ‘slip disc’. 



SIMPTOM SLIP DISK

Beberapa simptom akan timbul disebabkan himpitan saraf dan keradang pada bahagian tersebut adalah:
💥Sakit pada bahagian kaki: Selalunya akan sakit pada bahagian punggung, peha dan betis. Sakit tersebut kadang-kadang berlaku ketika bersih ataupun dalam posisi menunduK
💥Rasa kebas dan menyucuk
💥Lumpuh ataupun lemah pada bahagian kaki
💥Kebas Tangan jika masalah ini berlaku pada tulang belakang bahagian leher
💥 Tidak mampu mengawal pembuangan air kencing dan juga pembuangan air besar


PUNCA-PUNCA SLIP DISK

Slip disc’ bukan hanya berlaku pada kawasan tulang belakang sahaja. Ia boleh berlaku pada mana2 bahagian  tulang belakang seperti di pangkal leher atau sekitarnya.

Ada beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah sakit ‘slip disc’ ini. Diantaranya ialah:


Faktor Mekanikal

Postur badan yang salah mungkin ketika melakukan kerja kasar, mengangkat objek berat, bersukan atau obesiti yang menyebabkan tekanan berterusan pada struktur vertebral tulang belakang.


Faktor Trauma

Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kesan kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.


Faktor Nutrien

Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang(osteoporosis) akibat peningkatan usia.


Faktor Genetik

Segelintir individu mungkin mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, iaitu punca kepada slip disc itu sendiri.


CARA RAWATAN SLIP DISK


Rawatan bagi slipped disc terbahagi kepada dua iaitu rawatan sokongan dan juga pembedahan
a) Rawatan sokongan
Sebelum ini ramai yang mengamalkan rehat di atas katil untuk beberapa minggu.. Tetapi mengikut kajian, ia hanya bagus untuk 1 hingga 2 hari apabila slipped disc menyerang. Rehat yang lebih daripada itu adalah sesuatu yang tidak produktif.

💥Ubat tahan sakit dan anti-keradangan
Disebabkan slipped disc juga menyebabkan keradangan, penggunaan ubat tahan sakit serta anti keradangan seperti non-steroidal anti-inflammatory drug(nSAID) dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan simptom tersebut. Terdapat pelbagai jenis ubat nSAID seperti mefenemic acid, diclofenac, naproxen sodium dan sebagainya

💥Ubat untuk relakskan otot
Ubat untuk relakskan otot boleh digunakan pada fasa awal serangan slipped disc. Ia disebabkan pada awal serangan, Sakit slipped disc akan menyebabkan kekejangan otot di bahagian tulang belakang dan perkara tersebut menyebabkan kesakitan. Ubat itu dapat merelakskan otot tersebut dan membuatkan rasa sakit berkurangan

💥Elakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak bagus untuk tulang belakang
Pesakit slip disc perlulah menjaga postur dan mengelakkan perkara yang akan membebankan tulang belakang. Apabila menundukkan badan, tulang belakang perlulah dalam keadaan lurus. Jika ingin mengangkat barang, bengkokkan lutut dan juga sendi pinggul. Posisi tulang belakang perlulah lurus ketika mengangkat barang.
Duduk perlulah dalam postur menegak. Tidak boleh bengkok ataupun menyandar sehingga tulang belakang menjadi bengkok. Bagi pesakit yang hendak baring, baring pada sisi terdahulu dan barulah pusing untuk baring secara menelentang. Elakkan baring secara meniarap.

💥Penggunaan Alat untuk Membetulkan Postur
Terdapat beberapa alat seperti bengkung yang digunakan untuk mengelakkan badan berada pada posture yang tidak betul. Alat ini boleh mengelakkan daripada serangan slipped disc berlaku dengan kerap. 

b) Rawatan secara pembedahan
Selalunya rawatan pembedahan diperlukan apabila pesakit mempunyai kriteria ini:
  • Kesakitan pada bahagian kaki dan belakang yang berlaku lebih daripada 4 minggu dan ia mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan memerlukan ubat tahan sakit yang kuat
  • Mempunyai komplikasi kelumpuhan
  • Imej MRI menunjukkan bahawa masalah tersebut boleh dirawat dengan menggunakan pembedahan
Pembedahan yang selalunya dilakukan untuk masalah ini ialah ‘Disectomy’ iaitu melibatkan pengeluaran Cakera intervertebra yang menekan saraf pesakit Slipped disc. Selalunya pesakit akan diberi ubat bius sepenuhnya untuk melakukan pembedahan tersebut.

BAGAIMANA PB DAPAT MEMBANTU?
Pemakaian PB secara berterusan dapat membantu mencegah masalah slip disk. Ini kerana waist nipper Premium Beautiful mempunyai 7 batang keluli memori yang kuat. Batang-batang keluli ini membantu untuk memberi sokongan pada pinggang dan juga menegakkan tulang vertebrata secara menyeluruh. Secara tak langsung, pemakaian waist nipper  berupaya untuk membantu memperbaiki postur badan semasa duduk dan semasa berdiri.


Postur duduk dan berdiri yang betul adalah amat penting, bagi mengurangkan tekanan bebanan pada bahagian pinggang dan tulang belakang. Dengan memakai PB, secara tidak sedar kita akan sentiasa berada dalam keadaan postur yang betul dalam kegiatan seharian dan mengurangkan risiko sakit pinggang dan belakang. Dengan pemakaian yang berterusan PB dapat membantu melindungi tulang belakang kita.


Selain itu, teknologi Far Infra Red (FIR) yang terdapat pada bebenang sulaman Premium Beautiful Korset juga membantu mengatasi masalah sakit tulang belakang seperti bongkok, slip disc, sakit pinggang dan lenguh-lenguh serta sakit sendi. FIR adalah gelombang tenaga yang tidak kelihatan yang mempunyai keupayaan untuk menembusi semua lapisan badan fizikal manusia, menembusi kawasan-kawasan yang paling dalam tisu, otot dan tulang.


Dengan memberikan kesan pemanasan secara halus, FIR meningkatkan sistem imun manusia, meningkatkan jumlah sel darah putih dan sel-sel pembunuh T. Ia adalah terapi yang baik untuk mempromosikan penyembuhan, mengurangkan kesakitan otot, kekejangan otot dan kelegaan untuk artritis reumatoid. Penyelidikan oleh NASA telah menunjukkan bahawa jauh inframerah pada sistem kardiovaskular adalah cara terbaik untuk menjaga hati angkasawan 'dalam keadaan optimum. Suntikan Far Infra Red Rays (FIR) yang paling banyak adalah dalam tetulang bengkung (waist nipper) untuk memberi rawatan thermal yang berterusan. 


Dengan pemakaian PB secara berterusan, kita dapat mengoptimumkan penyerapan FIR ke dalam tubuh kita melalu 3 sumber iaitu daripada sinaran matahari, tubuh kita dan juga PB itu sendiri. FIR dari cahaya matahari kaya dengan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang. Ianya telah digunakan untuk mengatasi osteoporosis (tulang rapuh) dengan membina keseimbangan kalsium dalam tubuh. Secara tidak langsung dengan meningkatnya kadar penyerapan vitamin D dalam tubuh, dapat meningkatkan penyerapan kalsium. Ini membantu pembentukan dan pembaik pulihan tulang dan mencegah penyakit-penyakit tulang termasuk slip disc dan artritis.





No comments:

Post a Comment